Tuesday 27 September 2011

Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria.

      Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada Agensi Angkasa Lepas (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria.
      Dalam persidangan International Astronomi Union (IAU) pada 24 Ogos 2011 telah memutuskan bahawa dalam Sistem Suria terdiri daripada 3 kategori iaitu  Planet, Dawrf Planet dan Small Solar-System Bodies.Planet Pluto dikategorikan sebagai Dwarf Planet oleh itu, Pluto digugurkan daripada kategori planet.Kini hanya terdapat 8 planet dalam Sistem Suria.
      Oleh yang demikian terdapat pindaan dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sains Tahun 4 di mana perubahan ini berkait rapat dalam peperiksaan dan buku teks. HSP ini boleh muat turun dalam laman web BPK di www.moe.gov.my/bpk.
  



Sunday 25 September 2011

Cinta dan Kentut


CINTA dan KENTUT tidak boleh dihalang, keduanya menjadi lega bila terlaksana.
CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita
Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.
CINTA terkesan malu-malu tapi mau, KENTUT memalukan bila terkeluar bau.
CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.
CINTA itu rapuh, KENTUT itu berbau.
CINTA itu halus, KENTUT itu virus.
CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.
CINTA bagi kebanyakan orang muda, 'Ahhh, CINTA monyet...! 'KENTUT didepan ramai orang, 'alahai, malunya aku...!'  
CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:Kalau sudah CINTA: 'Dimana engkau duhai kekasih?'Kalau sudah terKENTUT: 'Siapa ni yang KENTUT? , nak mengaku tak...?!!!
CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.
CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.

Sunday 18 September 2011

Aku dan Dunia Baru

Salam for all!

Aku terpaksa menyelinap ke alam baru, dunia blogger. Memang memeningkan. Semuanya gara-gara aku menjadi seorang 'Mahasitua'. Walau pun demikian, aku terpaksa menempuhinya jua demi mengiringi zaujahku yang jua seorang 'mahasistua'.
Perjuangan yang belum selesai ini pasti akan ku gapai jua walau apa rintangan yang melanda dan membadai sepanjang perjuangan ini.
Lawan tetap lawan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Jom kita ubah. Marilah mari kita mengundi untuk diri kita menjadi waibi.