Tuesday 10 July 2012

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian (1)

# Haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup.
(‘Animals and plants are living things.’)

# Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat.
(‘Animals and plants live in certain place. A place where animals and plants live is a habitat.’)

# Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak.
(‘Habitat provides food, water, shelter and space for breeding.’)

# Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka.
(‘Certain animals live in groups, others animals live a solitary life in their habitats.’)

Friday 6 July 2012

Deria Bau

Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:
  • Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
  • Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
  • Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
  • Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.