Tuesday, 10 July 2012

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian (1)

# Haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup.
(‘Animals and plants are living things.’)

# Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat.
(‘Animals and plants live in certain place. A place where animals and plants live is a habitat.’)

# Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak.
(‘Habitat provides food, water, shelter and space for breeding.’)

# Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka.
(‘Certain animals live in groups, others animals live a solitary life in their habitats.’)

Friday, 6 July 2012

Deria Bau

Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:
  • Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
  • Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
  • Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
  • Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Wednesday, 13 June 2012

INTERAKSI ANTARA BENDA HIDUP

(‘INTERACTION AMONG LIVING THINGS’)

# Untuk terus hidup, benda hidup perlu bergantung kepada benda hidup yang lain, bukan benda hidup dan persekitaran untuk mendapatkan makanan, tempat perteduhan dan perlindungan. Interaksi ini boleh menjamin keseimbangan ekosistem.
(‘To survive, living things need to depends on other living things, non-living things, and the environment for food, shelter and protection. These interaction will ensure the ecosystem is always in a balanced.’)

# Hubungan antara benda hidup in dikenali sebagai INTERAKSI.
(‘The relationship among living things is known as interaction.’)

# Interaksi boleh berlaku antara :
(‘Interaction may occur between’)

Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks

Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.

Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.

Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel.

Melalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.