Ia merupakan intangible asset yang tidak terhingga nilainya
dari segi aplikasi mampu meningkatkan inspirasi pembangunan modal insan,
kerjasama antarabangsa untuk pengurusan pengurangan bencana alam,
pemantauan Bumi serta komunikasi berteraskan aspek teknologi aplikasi
angkasa lepas yang lain.
Sunday, 7 October 2012
Analisis dan reka bentuk
Sunday, 30 September 2012
Prinsip Relativiti Newton
}Kelajuan setiap zarah
dalam alam semesta tidak melampaui daripada kelajuan cahaya
}Mekanik Newton adalah
teori yang terbatas
}Ia tidak meletakkan had
maksimum pada kelajuan
}Ia adalah bertentangan
dengan keputusan ujikaji moden
}Mekanik Newton menjadi
kes khusus bagi Teori Kerelatifan Khas Einstein
Tuesday, 4 September 2012
KEMANDIRIAN SPESIES (Tahun 5)
| Kemandirian Spesies | kebolehan mengekalkan spesiesnya supaya tdk pupus/habis mati | ||
| haiwan | menjaga telur | buaya, ular | |
| menjaga anak | gajah, kerbau | ||
| menyusukan anak | lembu,kuda, dolpin, kelawar | ||
| telur berlendir | katak | ||
| sembunyikan telur | lipas, siput, cicak | ||
| tinggal berkumpulan | gajah | ||
| masukkan anak dlm pouch | kanggaroo (dpt perlindungan, haba & menyusu) | ||
| bertelur banyak | katak | ||
| tumbuhan | utk elak persaingan sumber keperluan | air, cahaya matahari, nutrien, ruang | |
| yg dpt sumber keperluan hidup subur, yg tdk dpt akan terbantut pertumbuhan, layu atau mati | |||
| ciri2 | -daun berbulu (elak dimakan haiwan & kehilangan air berlebihan) -daun tebal & berlilin (elak kehilangan air berlebihan) -akar panjang (utk dptkan air & nutrien) -tumbuh tinggi (dptkan cahaya matahari) -memanjat pokok lain (dptkan cahaya matahari) | ||
| penyebaran biji benih | air haiwan angin mekanisma letupan |
Saturday, 1 September 2012
Wednesday, 29 August 2012
Tuesday, 21 August 2012
Thursday, 16 August 2012
Saturday, 11 August 2012
Thursday, 9 August 2012
KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN
Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk
membesar dan hidup subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan
asas.
‘Plant is a living thing. Plant needs ‘food’ to grow and stay healthy. This ‘food’ is call basic need.'
Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari.
‘Basic needs of plant are water, air (carbon dioxide gas) and sunlight.’
‘Plant is a living thing. Plant needs ‘food’ to grow and stay healthy. This ‘food’ is call basic need.'
Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari.
‘Basic needs of plant are water, air (carbon dioxide gas) and sunlight.’
Wednesday, 8 August 2012
Organisma
Dalam biologi, organisma (juga dieja organisme) ialah sistem hidupan berdampingan (seperti binatang, kulat, mikroorganisma, atau tumbuhan). Semua organisma berupaya bertindak balas dengan rangsangan, membiak, bertumbuh dan berkembang, dan pengekalan homeostasis. Setiap organisma berbentuk sama ada unisel (satu sel) ataupun multisel (berbilang sel), iaitu terdiri daripada lebih daripada satu (sehingga bertrilion-trilion) sel yang terkumpul kepada tisu-tisu dan organ-organ yang khusus.
Sunday, 5 August 2012
Tuesday, 10 July 2012
Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian (1)
# Haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup.
(‘Animals and plants are living things.’)
# Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat.
(‘Animals and plants live in certain place. A place where animals and plants live is a habitat.’)
# Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak.
(‘Habitat provides food, water, shelter and space for breeding.’)
# Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka.
(‘Certain animals live in groups, others animals live a solitary life in their habitats.’)
(‘Animals and plants are living things.’)
# Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat.
(‘Animals and plants live in certain place. A place where animals and plants live is a habitat.’)
# Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak.
(‘Habitat provides food, water, shelter and space for breeding.’)
# Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka.
(‘Certain animals live in groups, others animals live a solitary life in their habitats.’)
Friday, 6 July 2012
Deria Bau
Deria bau (sense of smell)
adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan
oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).
Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).
Struktur hidung manusia:
- Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
- Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
- Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
- Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.
Wednesday, 13 June 2012
INTERAKSI ANTARA BENDA HIDUP
(‘INTERACTION AMONG LIVING THINGS’)
# Untuk terus hidup, benda hidup perlu bergantung kepada benda hidup yang lain, bukan benda hidup dan persekitaran untuk mendapatkan makanan, tempat perteduhan dan perlindungan. Interaksi ini boleh menjamin keseimbangan ekosistem.
(‘To survive, living things need to depends on other living things, non-living things, and the environment for food, shelter and protection. These interaction will ensure the ecosystem is always in a balanced.’)
# Hubungan antara benda hidup in dikenali sebagai INTERAKSI.
(‘The relationship among living things is known as interaction.’)
# Interaksi boleh berlaku antara :
(‘Interaction may occur between’)
# Untuk terus hidup, benda hidup perlu bergantung kepada benda hidup yang lain, bukan benda hidup dan persekitaran untuk mendapatkan makanan, tempat perteduhan dan perlindungan. Interaksi ini boleh menjamin keseimbangan ekosistem.
(‘To survive, living things need to depends on other living things, non-living things, and the environment for food, shelter and protection. These interaction will ensure the ecosystem is always in a balanced.’)
# Hubungan antara benda hidup in dikenali sebagai INTERAKSI.
(‘The relationship among living things is known as interaction.’)
# Interaksi boleh berlaku antara :
(‘Interaction may occur between’)
Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks
Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.
Setiap sel dalam badan manusia
tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan
seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.
Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel.
Melalui pengkhususan sel,
sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka
untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan.
Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup
dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.
Sunday, 20 May 2012
Spora
Wednesday, 11 April 2012
Sains dan Teknologi: Suatu kelebihan atau kemudaratan?
Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa yang telah Islam utarakan.
Thursday, 22 March 2012
KESAN - KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI( ICT)
Zaman beralih dan musim
berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman
falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman
atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi
maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah
menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif.
Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan
lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling
canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai
implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.
Friday, 16 March 2012
Asal Usul Magnet
Oleh :
Ismayadi Ismail dan Prof. Madya Dr. Mansor Hashim (Institut Teknologi Maju (ITMA),
Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor)
Ismayadi Ismail dan Prof. Madya Dr. Mansor Hashim (Institut Teknologi Maju (ITMA),
Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor)
KEMAGNETAN
adalah fenomena yang berpunca dari medan sejenis dwikutub yang hanya terbentuk
apabila wujud gerakan cas elektrik. Bagaimanapun, sehingga kini kes tunggal
momen magnet neutron yang tak bercas masih lagi belum difahami sepenuhnya.
Menurut Prof. David Jiles dalam bukunya yang bertajuk “Introduction to magnetism and magnetic materials”,
apabila medan magnet dalam suatu ruang wujud maka terdapat variasi tenaga dalam
ruang tersebut; ini bermakna terdapat kecerunan tenaga yang menghasilkan suatu
daya yang boleh dikesan melalui kelajuan pergerakan cas elektrik dalam medan
tersebut.
Contoh termudah kewujudan daya ini
ialah putaran yang terhasil oleh jarum kompas apabila ada medan magnet.
Kewujudan kemagnetan yang paling berguna kepada masyarakat moden sentiasa
dikaitkan dengan arus elektrik dalam tiga kes: pertama, arus elektrik menjana
medan magnet dalam ruang di sekeliling dawai yang dilaluinya. Medan ini
menjadi lebih kuat jika dawai dibentuk menjadi gegelung dan bertambah kuat jika
gegelung diisi dengan bahan mudah termagnet seperti besi. Medan boleh dikawal
dengan mengawal arus di dalam gegelung tersebut. Aplikasi ini digunakan dalam
membuat solenoid.
Monday, 12 March 2012
Sains dan Islam
Manusia tidak
mungkin mencari Tuhan melalui ilmu Sains semata-mata , namun begitu Ilmu Sains adalah salah satu landasan yang berkemungkinan dapat mengenal Allah , sekiranya mereka mendapat petunjuk daripada Allah,
segala-galanya boleh berlaku, Ilmu Sains mungkin juga boleh
mempermudahkan dan membantu seseorang itu mengenal Allah, apabila mereka
berpeluang membaca wahyu Allah ( al.Quran )........dengar penjelasan di bawah ini.
mungkin mencari Tuhan melalui ilmu Sains semata-mata , namun begitu Ilmu Sains adalah salah satu landasan yang berkemungkinan dapat mengenal Allah , sekiranya mereka mendapat petunjuk daripada Allah,
segala-galanya boleh berlaku, Ilmu Sains mungkin juga boleh
mempermudahkan dan membantu seseorang itu mengenal Allah, apabila mereka
berpeluang membaca wahyu Allah ( al.Quran )........dengar penjelasan di bawah ini.Friday, 9 March 2012
Thursday, 1 March 2012
Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang
dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca
indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan
sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam
semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di
samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati
definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan
dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.
Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, "Pengaplikasian
atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan
digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk
kemanfaatan manusia." Justeru, ilmu sains merupakan alat penting
untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai
contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah
teknologi yang menghasilkan kuasa atom.
Keterbatasan Sains
Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia
menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains
Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti
kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang
daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh
mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar
wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari
dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20,
"Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini."
Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid.
Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah
melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.
Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa
ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai
intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di
barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di
Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa "sebarang
kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan
dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf
sebagai sains." Hal ini dinyatakan dalam Science
and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second
Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.
Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005
(Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di
Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan
kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia
dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.
Matlamat dan Metodologi Sains
Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek
ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan
ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita
mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang
bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan
ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di
langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah
matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal
ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud,
"Kemudian Kami menjadikan benih
nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah.
Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu
dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha
suci Allah, sebaik-baik Pencipta."
Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan
fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah
mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, "Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta." Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.
Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul.
Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang
mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang
kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun
diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, "Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu."
Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan
mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia.
Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh
digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan
dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud,
"Tidak boleh melakukan kemudaratan
dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan."Hadis ini diriwayatkan oleh
Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.
Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib
dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini
melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah
apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas
daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang
bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai
kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu
memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies
yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan
bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat
mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini
akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang
mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah
Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom,
kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada
tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan
wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.
Justeru, kepatuhan kepada syariat adalah penting agar sains tidak terbabas daripada landasan kebenaran dan kesejahteraan.
* Dr.Danial Zainal Abidin merupakan seorang pengurus dan pengamal
perubatan di klinik Syifa' Gelugor, Pulau Pinang. Beliau juga adalah
pengarah urusan kepada Syarikat Danial Zainal Consultancy. Di samping
itu beliau juga merupakan seorang pakar motivasi undangan di
radio,penceramah dan penulis buku yang berkaitan Islam dan Sains.
Sumber artikel : i luv Islam
Friday, 10 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


