Friday, 9 December 2011

Kepentingan Ion Negatif Dalam Kehidupan

Sumber:  Info Kesihatan
 
Suasana segar di awal pagi. Kesegaran ini semakin berkurangan menjelang tengahari. Kesegaran meningkat selepas hujan turun. Kesegaran juga bertambah di pinggir-pinggir hutan, di tebing air terjun atau ditepi sungai yang airnya mengalir deras. Persoalannya bukan tentang suasana yang segar itu, tetapi mengapa ia berlaku. Topik ini akan memwacanakan fenomena ini.
Kesegaran sebenarnya berkait rapat dengan ion negatif. Semakin banyak ion negative, semakin segar suasana. Pada dini hari, embun terbentuk dan embun ini akan hilang dipanah mentari. Ketika tersurainya embun ini ion negatif terbentuk. Dan inilah yang menjadikan suasana pagi segar. Apabila mentari semakin terik, kandungan ion negatif semakin berkurangan sementara ion positif meningkat. Ketika ini, suasana tidak segar lagi kerana ion positif meletihkan kita.

Selepas hujan, terutamanya hujan ribut, kandungan ion negatif bertambah dan sebab itulah suasana menjadi segar semula. Percikan-percikan air hujan ini sebenarnya menghasilkan ion-ion negatif. Itulah sebabnya keadaan di pinggir air terjun dan sungai terdapat banyak ion negatif kerana percikan-percikan air yang banyak itu.
Mengapa kita memerlukan banyak ion negatif? Mengapa ion negatif menyegarkan kita? Jawapannya mudah sahaja iaitu kita perlu banyak ion negatif bagi menseimbangkan persekitaran yang terlalu banyak ion positif. Ion negatif menjadikan darah kita mengalir lebih lancar. Ini adalah kerana ion negatif akan menjadikan darah kita mampu memerangkap banyak oksigen untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita. Apabila terdapat banyak oksigen, organ-organ dan tisu-tisu badan akan berfungsi dengan lebih baik lagi.
Baru-baru ini kajian menunjukkan di antara hikmah bersembahyang jamaah adalah supaya ion-ion yang positif atau negatif yang berlebihan yang ada dalam tubuh seseorang itu disebarkan sama rata kepada yang lain dan menjadikan kedudukan ion seimbang. Perseimbangan ion amat penting bagi manusia.
Berikut saya akan terangkan beberapa fenomena yang menerangkan kelebihan ion negatif dan mengapa perlu dikurangkan pengambilan atau pengeluaran ion positif.

  • Karbon monosida yang bersifat ion positif menipiskan lapisan ozon dilangit. Ion negatif ini akan bergabung dengan ozon dan menukarkan ozon menjadi oksigen. Lapisan ozon diperlukan bagi menapis sinar ultra ungu dari sampai ke bumi. Sinar ini boleh menyebabkan kanser kulit.
  • Agama memakruhkan menggunakan air pada bekas logam yang terdedah kepada panas matahari. Ini adalah kerana bekas logam akan bertindak balas dengan oksigen dan panas matahari lalu menghasilkan ion positif.
  • Kaedah homopati tidak menggalakkan memasak dengan bekas logam kerana bekas logam akan terhakis akibat tindakbalas dengan api lalu menghasilkan ion positif dan kandungan logam terlarut.
  • Kaedah homopathi juga tidak menggalakkan penggunaan atap zink kerana atap zink akan bertindak balas dengan oksigen dan panas matahari lalu menghasilkan ion positif.
  • Kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan toksik yang menyebabkan berlakunya kanser mempunyai kandungan ion positif yang banyak seperti kandungan toksik pada asap rokok dan sinar ultra ungu.
  • Kaedah rawatan air di negara-negara maju ialah dengan menggunakan ozon kerana ion negatif dalam ozon akan membunuh kuman-kuman yang terdapat dalam air. Di negara-negara ketiga masih menggunakan klorin yang berbahaya pada kesihatan.
  • Ahli paranormal mengatakan bahawa untuk mencari hantu (jin) di kawasan terpencil adalah dengan menggunakan alat yang mampu mengesan perubahan ion. Tanda-tanda ion positif yang melampau menunjukkan tempat berkenaan berkemungkinan besar dihuni oleh makhluk jin.
  • Kaedah perubatan alternatif seperti Cakra Alam menggunakan aliran ion negatif bagi mengubati penyakit yang dihidapi oleh seseorang. Menurut kajian, kebanyakan penyakit disebabkan oleh pengumpulan ion positif dalam organ-organ tertentu badan.
  • Dalam seni beladiri kungfu, taichi dan shaolin, mereka menekankan kepada pengaliran chi dalam badan. Chi atau tenaga badan ini sebenarnya adalah ion negatif. Chi boleh dibentuk dengan penumpuan minda dan keikhlasan. Chi ini juga boleh dialirkan kepada pesakit dengan kaedah tertentu.

Sumber:  Info Kesihatan

2 comments:

  1. Terimakasih di atas ke sudian anda berkunjung ke laman kami. Jika tidak keberatan. Sila berkunjung ke:

    1) http://www.mybrhom.com/

    Sebagai tanda sokongan anda. Sila like page kami:
    2) https://www.facebook.com/pages/BR-HOM-PLUS/227931176739

    Kerjasama anda. Amat kami hargai.

    ReplyDelete
  2. • Menurut pakar-pakar pemakanan, sumber makanan yang mempunyai kandungan alkali yang tinggi juga dapat menghasilkan ion negatif disekeliling sel darah merah dimana ini boleh menghindarkan darah bersifat asid yang mempunyai ion positif yang tinggi di sekalilingnya dengan sains dan teknologi sekarang ini manusia telah menghasilkan makanan yang bersifat alkali yang tinggi bacaanya pada Ph chart tahap 10 keatas yang di namakan Alkalete kapsul daripada Syarikat Yoli yang telah di akui oleh pakar-pakar pemakanan dunia untuk keterangan lanjut sila hubungi yolithebest.com/?id=jakijepang

    ReplyDelete