Friday 9 December 2011

Kepentingan Ion Negatif Dalam Kehidupan

Sumber:  Info Kesihatan
 
Suasana segar di awal pagi. Kesegaran ini semakin berkurangan menjelang tengahari. Kesegaran meningkat selepas hujan turun. Kesegaran juga bertambah di pinggir-pinggir hutan, di tebing air terjun atau ditepi sungai yang airnya mengalir deras. Persoalannya bukan tentang suasana yang segar itu, tetapi mengapa ia berlaku. Topik ini akan memwacanakan fenomena ini.
Kesegaran sebenarnya berkait rapat dengan ion negatif. Semakin banyak ion negative, semakin segar suasana. Pada dini hari, embun terbentuk dan embun ini akan hilang dipanah mentari. Ketika tersurainya embun ini ion negatif terbentuk. Dan inilah yang menjadikan suasana pagi segar. Apabila mentari semakin terik, kandungan ion negatif semakin berkurangan sementara ion positif meningkat. Ketika ini, suasana tidak segar lagi kerana ion positif meletihkan kita.

Thursday 27 October 2011

KEMAHIRAN PROSES SAINS


Untuk memahami idea tentang kemahiran proses, seseorang harus melihat aturan peristiwa yang dilalui oleh penyelidik yang mengambil bahagian dalam penyiasatan sains. Proses pemikiran dalam sains dinamakan kemahiran proses sains. Ia merupakan proses di mana para saintis membuat pemerhatian, menyoal, membuat inferens, membuat hipotesis dan menyiasat secara sistematik dalam usaha murni untuk membina, mengubah dan/atau menambah khazanah pengetahuan sains yang sedia ada.
Kemahiran proses dibahagikan kepada kemahiran proses sains asas (Basic Science Process Skills) dan kemahiran proses sains bersepadu (Integrated Sciene Process Skill)
Sesuai dengan peringkat awal perkembangan kognitif kanak-kanak dalam aras “pengendalian konkrit” dan “pengendalian formal” yang diutarakan oleh Piaget, Kemahiran Proses Sains Asas merangkumi kemahiran-kemahiran berikut:
KPS 1               :               Memerhati
KPS 2               :               Mengelas
KPS 3               :               Mengukur dan menggunakan nombor
KPS 4               :               Membuat inferens
KPS 5               :               Meramal
KPS 6               :               Berkomunikasi
KPS 7               :               Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak pada peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi (misalnya, pada peringkat sekolah menengah), merangkumi kemahiran-kemahiran berikut:
KPS 8               :               Mentafsir maklumat
KPS 9               :               Mengawal pembolehubah
KPS 10            :               Mendifinisi secara operasi
KPS 11            :               Membuat hipotesis
KPS 12            :               Mengeksperimen

Thursday 20 October 2011

Microorganisms (Animation) 

  Year 5 - Groups of living things


Tuesday 27 September 2011

Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria.

      Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada Agensi Angkasa Lepas (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria.
      Dalam persidangan International Astronomi Union (IAU) pada 24 Ogos 2011 telah memutuskan bahawa dalam Sistem Suria terdiri daripada 3 kategori iaitu  Planet, Dawrf Planet dan Small Solar-System Bodies.Planet Pluto dikategorikan sebagai Dwarf Planet oleh itu, Pluto digugurkan daripada kategori planet.Kini hanya terdapat 8 planet dalam Sistem Suria.
      Oleh yang demikian terdapat pindaan dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sains Tahun 4 di mana perubahan ini berkait rapat dalam peperiksaan dan buku teks. HSP ini boleh muat turun dalam laman web BPK di www.moe.gov.my/bpk.
  



Sunday 25 September 2011

Cinta dan Kentut


CINTA dan KENTUT tidak boleh dihalang, keduanya menjadi lega bila terlaksana.
CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita
Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.
CINTA terkesan malu-malu tapi mau, KENTUT memalukan bila terkeluar bau.
CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.
CINTA itu rapuh, KENTUT itu berbau.
CINTA itu halus, KENTUT itu virus.
CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.
CINTA bagi kebanyakan orang muda, 'Ahhh, CINTA monyet...! 'KENTUT didepan ramai orang, 'alahai, malunya aku...!'  
CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:Kalau sudah CINTA: 'Dimana engkau duhai kekasih?'Kalau sudah terKENTUT: 'Siapa ni yang KENTUT? , nak mengaku tak...?!!!
CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.
CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.

Sunday 18 September 2011

Aku dan Dunia Baru

Salam for all!

Aku terpaksa menyelinap ke alam baru, dunia blogger. Memang memeningkan. Semuanya gara-gara aku menjadi seorang 'Mahasitua'. Walau pun demikian, aku terpaksa menempuhinya jua demi mengiringi zaujahku yang jua seorang 'mahasistua'.
Perjuangan yang belum selesai ini pasti akan ku gapai jua walau apa rintangan yang melanda dan membadai sepanjang perjuangan ini.
Lawan tetap lawan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Jom kita ubah. Marilah mari kita mengundi untuk diri kita menjadi waibi.