Untuk memahami idea tentang
kemahiran proses, seseorang harus melihat aturan peristiwa yang dilalui oleh
penyelidik yang mengambil bahagian dalam penyiasatan sains. Proses pemikiran
dalam sains dinamakan kemahiran proses sains. Ia merupakan proses di mana para
saintis membuat pemerhatian, menyoal, membuat inferens, membuat hipotesis dan
menyiasat secara sistematik dalam usaha murni untuk membina, mengubah dan/atau
menambah khazanah pengetahuan sains yang sedia ada.
Kemahiran proses dibahagikan kepada
kemahiran proses sains asas (Basic Science Process Skills) dan kemahiran proses
sains bersepadu (Integrated Sciene Process Skill)
Sesuai dengan peringkat awal
perkembangan kognitif kanak-kanak dalam aras “pengendalian konkrit” dan “pengendalian
formal” yang diutarakan oleh Piaget, Kemahiran Proses Sains Asas merangkumi
kemahiran-kemahiran berikut:
KPS 1 : Memerhati
KPS 2 : Mengelas
KPS 3 : Mengukur
dan menggunakan nombor
KPS 4 : Membuat
inferens
KPS 5 : Meramal
KPS 6 : Berkomunikasi
KPS 7 : Menggunakan
perhubungan ruang dan masa
Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang sesuai diperkenalkan
kepada kanak-kanak pada peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi
(misalnya, pada peringkat sekolah menengah), merangkumi kemahiran-kemahiran
berikut:
KPS 8 : Mentafsir
maklumat
KPS 9 : Mengawal
pembolehubah
KPS 10 : Mendifinisi
secara operasi
KPS 11 : Membuat
hipotesis
KPS 12 : Mengeksperimen
assalam
ReplyDelete