Thursday 9 August 2012

KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.
‘Plant is a living thing. Plant needs ‘food’ to grow and stay healthy. This ‘food’ is call basic need.'

Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari.
‘Basic needs of plant are water, air (carbon dioxide gas) and sunlight.’
Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.
'The plant gets the water via the roots, the plants get the air and the sunlight via it leaves.'

Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.
'When the plant gets the basic needs in the sufficient amount, so that the plant can grow and stay healthy.'

Video di bawah menunjukkan proses percambahan biji benih. Proses percambahan biji benih hanya memerlukan air dan udara (oksigen) sahaja. Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air (ransangan positif air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh menuju ke arah cahaya matahari (ransangan positif cahaya matahari).



No comments:

Post a Comment