Wednesday 8 August 2012

Organisma

Dalam biologi, organisma (juga dieja organisme) ialah sistem hidupan berdampingan (seperti binatang, kulat, mikroorganisma, atau tumbuhan). Semua organisma berupaya bertindak balas dengan rangsangan, membiak, bertumbuh dan berkembang, dan pengekalan homeostasis. Setiap organisma berbentuk sama ada unisel (satu sel) ataupun multisel (berbilang sel), iaitu terdiri daripada lebih daripada satu (sehingga bertrilion-trilion) sel yang terkumpul kepada tisu-tisu dan organ-organ yang khusus.

Organisma unisel

Pengelasan saintifik dalam biologi menganggap organisma sebagai bersinonim dengan hidupan di Bumi. Berasaskan jenis sel, organisma boleh dibahagikan kepada kelompok prokariot dan eukariot. Prokariot mewakili dua domain yang berasingan, iaitu Bacteria dan Archaea. Organisma-organisma eukariot dengan nukleus sel yang dilitupi membran, juga mengandungi organel, iaitu mitokondria dan (bagi tumbuhan) plastid, yang umumnya dipercayai berpunca dari bakteria endosimbiotik. Kulat, haiwan dan tumbuhan merupakan eukariot
Organisma multisel.

Istilah organism boleh secara luasnya memaksudkan sehimpunan molekul yang berfungsi sebagai satu jasad yang sedikit sebanyak stabil dan menunjukkan sifat-sifat kehidupan. Bagaimanapun, banyak sumber yang mengusulkan takrifan-takrifan yang mengecualikan virus serta bentuk hidupan bukan organik buatan manusia yang difikirkan boleh dari segi teori. Virus amat bergantung pada jentera biokimia sel perumah untuk membiak.

Chambers Online Reference memberikan takrifan yang lebih luas, iaitu: "sebarang struktur yang hidup, seperti tumbuhan, haiwan, kulat atau bakteria, yang mampu tumbuh dan membiak".

Dari segi multisel, "organisme" lazimnya memerikan satu himpunan sistem yang bertatatingkat (misalnya peredaran, pencernaan, atau pembiakan) yang terdiri daripada himpunan organ; dan organ-organ ini terdiri daripada himpunan tisu, dan tisu ini terdiri daripada sel-sel. Bagi sesetengah tumbuhan serta nematod Caenorhabditis elegans, sel-sel individunya adalah totipoten.

Superorganisme ialah sejenis organisme yang terdiri daripada berbilang individu yang berfungsi bersama-sama sebagai satu unit sosial atau fungsi.


No comments:

Post a Comment